Info Aktviti Kompleks

SEREMBAN, 15 JULAI - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Kompleks Al-Saadah, Rahang, malam tadi. Program ini telah dikelolai oleh Pentadbiran Kompleks Al-Saadah dengan kerjasama 6 buah NGO iaitu, Macma NS, MRA, Maahad Tahfiz Raudhatul Ulum, Perkim, Piusba dan Bakoins.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara keluarga-keluarga baru yang memeluk agama islam serta menguatkan ukhuwah antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad; Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamaruddin; Pengurus Kompleks Al-Saadah, En. Muhammad Adnan bin Abduallah, Pengurus Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah, Ustaz Mohd Noor Uzairi Adam dan Eksekutif Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, En. Ali Mazri